Tuesday, July 19, 2011

semuga saya dikurniakan kebahagian....

Rasulullah SAW, bersabda “Dunia adalah kesenangan sementara. Dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita (istri) shalihah.” (HR.Muslim)

Wanita Solehah adalah pilihan Allah di dunia ini. Sifat-sifat mereka telah dipuji oleh Allah di dalam firman-Nya. “Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yg mukmin, lelaki dan wanita yang taat, lelaki dan wanita yang khusyu’, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanitayang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak meyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:35)

Rasulullah SAW. bersabda, “Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan masuk surga sebelum orang yang terbaik di kalangan lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suaminya diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil. Mereka seperti batu permata yang berkilauan.” (Abu Syaikh)

Wanita solehah adalah anugerah yang luar biasa dari Allah. Rasulullah SAW. bersabda, “Diantara kebahagiaan anak adam, terdapat di dalam tiga hal, yaitu: wanita yang salihah, rumah yang baik dan kendaraan yang baik.” (ahmad). Sabda beliau yang lainnya, “Barang siapa diberi rezeki olehAllah seorang wanita yang salihah, maka Allah telah menolong separuh imannya. Karenanya bertakwalah kepada Allah untuk separuh yang lainnya.” (Thabrani, Hakim)

Demikian mulia seorang wanita solehah sehingga Abu Sulaiman Ad-Darani rah.a berpendapat, “Istri yang solehah bukan termasuk dunia karena istri itu menjadikanmu tempat (beramal demi) akherat”. Dan Muhammad bin Kaab berkata mengenai firman Allah, “Wahai rabb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia.” (Al-Baqarah:201), bahwa itu adalah istri yang salihah.

Imam Dailami rah.a meriwayatkan bahwa wanita solehah akan di sebut-sebut oleh ahli langit sebagai ’syahidah’. Dan mereka sangat dirindukan oleh penduduk bumi dan langit. Bahkan ikan2 di lautan pun dengan senang hati mendoakan rahmat dan magfirah bagi mereka.

Wednesday, July 6, 2011

poning

bila saja mata ini mahu berehat. maknanya masa utk melupakan apa saja yang tersangkut pada otak, atau melekat dijiwa. jika esok masih punya peluang utk melihat matahari, tentu saja ada peluang utk menyelesaikan yg kusut, utk menyambung yg terputus, utk meneruskan yg tertangguh. namun siapa yg mampu mengatakan esok masih punya nafas..? siapa yg menyakini yg Tuhan tidak mengambil nyawa saat tidur dimalam ini..siapa..? jawabannya..mana mungkin.. sahabat, jika pun kita punya cita cita memiliki gunung atau memeluk bulan atau apa saja keinginan mu yg terhebat, jangan sekali engkau lupa tentang perkara hakiki..mati. aku tidak pasti apa kah kehidupan ku akan berjaya seperti mahu ku..namun yang pasti, mati itu akan terjadi walau aku tidak pernah mahu tahu..tidak pernah ambil peduli..seperti pedulinya aku pada dunia yg dihiasi dgn angan angan....itu lah kesilapan aku yg maha tinggi.........

Sunday, April 10, 2011

basking@TER


Malam sabtu 'berangin' di Terengganu..malam minggu, malam rempit rempitan dan malam terlihat berbagai ragam ummat manusia di bandaraya persisir air ini. Tidak terkecuali aku..dan bersama Sang Bahri seorang artis teater, pelukis, penyair dan pemikir budaya yang 'secretive'..melewati malam yang berangin bersama Said Punk dan 'tenteranya' ber'basking' di Taman sebelah Pasar Payang. Suara Said yang mendedangkan lagu 'Blonde'..namun susah untuk ditangkap buah butir liriknya. Tapi lupa soal lirik yang 'bahang rambang' cuma nikmati saja perasaan 'jiwa' mereka. Dan mereka lah pemilik tempat itu, neonnya, tempat duduknya, bunga bunganya, kereta yang parking dan termasuk hati hati mereka yang tercongok melihat ragam Said. Apa yang menarik untuk aku kongsi ialah. Mereka tidak pernah peduli dengan siapa pun dan sesiapa pun tak perlu peduli tentang mereka. Hidup yang paling sempurna ialah bila kita mampu hidup dengan cara yang paling kita suka....dan jangan lagi tanya dan bandingkan dengan cara sesiapa pun...

Sunday, April 3, 2011

Jgn main main dengan Tuhan..nanti Dia akan buat kau demam..

Pagi selepas solat subuh, terasa perut tersangat lapar..sehingga memaksa aku batalkan niat untuk berzikir selekuk dua..aduhaaii..rasanya Tuhan terima dah niat suci murni aku tu kan..harap begitulah..hehe. Namun sampai saja di kereta aku terasa mahu menyumpah seranah..!! kenapa..? kerana kunci kereta ada diatas meja..dan meja itu ada ditingkat 4..rumah aku laaaa..aduhaiii...dan mungkin jugak lah satu kifarah dari Tuhan tentang zikir tadi...hurmm..ok..tak pe..bukan jauh pun..cuma nafas lah rasa nak habis bila dah berulang alik ke tingkat 4..(**&%)..tapi otak cerdik aku berkomunikasi dgn jelas..why not aku tak jalan kaki..? sihat dan pastinya pagi ini udaranya nyaman..ok jalan saja la. Kusangkakan sampai kedai dgn aman rupanya hujan ditengah jalan..aduuhhh...makanya..susah aku nak gambarkan dalam kata kata..dan moral of the story..? jangan sesekali kau memperlecehkan zikir kepada NYA..dan pastinya dunia akan memperlecehkan kau tahap maksima..dan aku menulis sambil terbatuk batuk..bersin dan hampir demam..kerana bermandi hujan dipagi pagi buta...aaaccchhoowwww...

Thursday, March 10, 2011

Puing puing dari otak yg kacau..


Lama dan hampir terlupakan blog yg satu ini..makanya hari ini aku pun terjumpa jugak waktu yg paling bertuah itu..iaitu terjumpa blog aku sendiri..hebat kan..? sebenarnya tiada apa yg sgt perlu pun utk menulis..dan kadang kadang rasa jemu utk perkara lain adalah masa yg paling ampuh utk blog ini..ada plak camtu..kata org tersayang aku..hehe..utk hari ini aku mahu berkongsi dengan alam..apakah perkongsian itu..? pasti lah bukan hidup..kerana perkara itu biarlah aku kongsi dgn yg sepatutnya..heh..aku mahu kata yg aku sedang dlm perasaan terhayun dan tergoncang goncang laksana terjatuh ke dalam lubang yg tidak ada dasarnya..terkapai kapai menunggu bilakah terhempasnya..sakitkah ia..atau tidak punya rasa apa apa..atau jgn difikir lansung..atau anggap saja sakitnya tidak terperi dan ia pasti..selepas itu kau akan pergi meninggalkan kelonsong zahiriah dan menuju pula ke alam batiniah dan seterus kau akan abadi..menuju alam seterusnya..alam ukhrawi yg sgt susah diterima segelintir khalayak dan sgt banyak komentarnya..khalayak yg terlalu mengkagumi lewat akal dan otak bijaknya..yg dia tidak pula sedar tentang busuknya otak itu bila nyawanya direntap sang malaikat maut..? aduhh..biar saja sang dungu dengan otak yg dikongsi bersama udang..! ok..aku hanya mahu cakap..aku sedang usaha utk menjadi lelaki sempurna yg rentak hidupnya disukai Muhammad SAW..yg jiwanya sesuci Sahabar RAD..yg matinya diredhai Pencipta NYA..itu sahaja..Inshallah

Saturday, February 12, 2011

Selepas Asar

Sangat jauh dia termenung menongkat dagunya yg berjanggut nipis. Petang yang kering dan panas bulan Februari. Hj Ujang menjadikan petang selepas asar, waktunya melihat lihat laman kampung yang lapang lamannya, yang subur bunga kertasnya, yang rambutannya sedang berputik kecil tapi ranum dan ayam kampungnya yang berderet mengais tanah tanih mencari cacing. Hj Ujang sedar tentang hari harinya yang semakin letih dan tua. Hj Ujang bukan lagi perkasa dan gagah sewaktu dia membuka kampung laman. Menebas rimba ara, menebang tualang dan leban. Menarik betong dan aur, meratakan bukit dan menggali perigi ditanah yg tandus. Kini, Hj Ujang sedang menikmati upahnya. Bersusah, luka dan je rih perih sewaktu muda remajanya. Semua manusia dikampung Felda Bukit Tualang tahu tentang jerihnya membuka dan membina hidup di tanah rancangan kerajaan. Tanah ini memerlukan manusia berhati keras seperti logam dan berjiwa besar seperti lautan. Lamunan Hj Ujang tamat dimana Jaharah anak bongsunya yang sudah beranak lima menghubungi handsetnya sambil menangis merayu rayu mengadu..Boy ditangkap lagi, kerana mencuri sekerap Wak Limat. Boy, cucu Hj Ujang yang sudah 18 kali dilokap. Dan begitulah habisnya senyum Hj Ujang pada petang itu....Felda ku..

Sunday, January 9, 2011

letak sendiri tajuknya

bangun sebelum subuh..

bukan kerana aku nih warak atau sedang hendak bertobat..
tapi kerana terasa sudah letih utk tidur..

hari ini aku tidak mahu terlepas melihat matahari terbit bersama cahayanya yang kekuningan..
burung lelayang yang sibuk dan bising..
minum tea bersama pok cik dikedai seh..
apa kedai seh..?

sebuah kedai yang telur setengah masaknya hanya lebih kurang tiga seken utk disediakan...
memang maveless..
itu lah sahaja..
utk pagi yang sgt berkah ini..

Inshallah

Saturday, January 8, 2011

Solat dan aku

Pagi ini..buat kesekian kalinya. Penggera di handphone berbunyi lantang. Maka? tiada alasan utk tidak bangun dan bersolat subuh (statement neraka) . Musim monsun, hujan dan angin. ditambah aircond..suhu bilk aku tiada beza dengan aisbox..boleh membunuh beb..rasa nak berwuduk dengan pasir (tayammum) . Namun aku pun gagahkan diri bersama iman senipis kulit bawang ini. Tapi agak pelik..aku keluar bilik dan melihat ke bawah aparment murah aku nih. ramai manusia sedang bergerak sambil memakai kopiah dan songkok. hebat pulak manusia hari nih..berjemaah subuh di masjid..mimpi plak ke aku..? cuaca agak terang..bersama hujan renyai dan angin kuat..dan biarlah..ok lah tu..aku jer lah yang tah hapo hapo..asyik terkantoi subuh..adusss..on da way nak ke toilet..mata terpandang jam dinding yang ada mickey mouse di dalam cerminnya..dan jarumnya menunjukan angka 1.15..? arghhh..dah pukul satu petang beb !!..gilo..patut la orang ramai ke masjid pasal hari ini hari Jumaat...!! paraaaah..aku lupa buka langsir tingkap..patut lah gelap dunia nih..dan selepas itu panas kan air cerek eletrik dan rebus tea tarik segera..lansung saja aku pasang rokok..termenung di kerusi..banyak sungguh dosa aku..kalau mati masa tuh..kompom dah aku ke..........Ampun Ya Robbi..

Monday, December 27, 2010

Tali lembut yg menyakitkan dada

Hari ini..anjing dibelakang opis merenung aku penuh ancaman. membuatkan aku terfikir. jika `brader` ni terlepas memang paling kecil pun kecederaan, tangan akan kudung atau kaki akan patah riuk atau..atau..atau..banyak la perkara ngeri tervisual dalam hotak. semalam aku jatuh tersungkur pasal kaki tersadung tali ikat kotak komputer..hanya tali tersangat la lembut dan rapuh. tapi entah kenapa kemalangan itu sgt teruk. dada sakit, tangan calar, lutut berdarah sampai otak jadi pusing...aduhhaii..dan setelah tenang dan tidak lagi memaki manusia yg membuang tali cilako itu..aku pun berfikir..sesungguhnya ada sesuatu yg Tuhan mahu hapuskan..mungkin dosa sudah sampai tahap tepu..dan kemungkinan besar solat aku tidak sempurna mana..kerana sentiasa bergegas tak tahu punca..Ya Allah..aku redha....dan apa kaitannya dgn cerita anjing tadi? entah la bro..bila bila nanti aku xplain..nanti la..kalu aku teringat balik, yang aku ada blog ini...hehehe

Tuesday, December 21, 2010

Perkara penting yg Aku rasa tak penting sangat

Apa kah yg maha penting manusia perlu..? semua manusia pun hatta mat hisap dadah yang tunggu masa nak meninggalkan dunia pun akan jawab.."duit la bro..". Ok tak de sapa pun cakap perkara lain. Macam kasut ke, seluar jeans ke atau brodband. Tapi tak semua..seperti kelmarin aku jumpa seorang sahabat yang janggutnya sudah melepasi bulu dada. Dia berkata mana ada perkara lebih penting utk ummat fikirkan selain mati yg akan pastinya datang. Jika engkau kaya dan memiliki matahari dan bulan sekali pun engkau tetap akan mati bro..dan masalahnya Tuhan tidak akan tanya pun perkara yg kau bangga bagai nak rak itu. Ya..ya bro..kau betul..jom kita minum tea tarik..dan sambung lagi cerita tentang alam yang satu lagi..kerana aku ini manusia yg sama fikir dengan mat isap dadah diatas tadi..tak habis habis dengan duit..Astagafirullah bodohnya aku ya Tuhan..

Sunday, November 28, 2010

bila nak jadi seperti biasa biasa

lapang lah wahai kepalo. terasa sangat jiwa ku yang pernah tenang ,lapang dan tenteram telah menjadi suam suam. setiap pagi aku memulakan hari dengan rasa mahu tidur semula dan bermimpi lagi dan lagi dan lagiiii..aku sangat benci memikirkan tentang semalam, minggu lepas, bulan lepas, tahun tahun yg lepas lepas..!!kenapa la aku dulu merasa cukup dgn segalanya..kenapa.? kenapa tak pernah masuk kedalam otak ku yang aku ini perlu kawen..perlu nikah..perlu berkeluarga..perlu itu dan ini..perlu segala galanya..entah apo ko bangang eh..!! sekarang baru tahu maksud `mengumpul duit` dulu hanya perlu mengumpul duit itu diserahkan kepada tauke demi tauke..aduh..mengumpul duit itu perkataan mudah beb..tapi maksudnya apo..? maksudnya..tak de hobi, tak de `blacberry`, tak de santai, tak de karoks, tak de muvie, tak de lagi dah hidup melayan nafsu serakah. sekarang aku hanya perlu duduk bebaik dirumah dan bersedia utk jadi org lain..org lain..? yer orang lain yang ada isteri dan didepan rumahnya ada pasu bunga melor yg perlu disiram, dibelakang rumah ada pokok pisang yg perlu dipulihara. atau setidanya membasuh kereta yang hutangnya sudah langsai digarage..

Sunday, November 14, 2010

Aku pun tak paham..jadi kau buat buat la paham

Panas tengahari ini..panas musim monsun..panasnya menyejatkan puing gas basah yg tersembunyi dikerak kerak pasir..lalu ia bergentayangan melepasi ruang dan menuju ke zone awan kemulus..berkumpul dan bergomol menjadi gas sejuk yg berat dan ahirnya menjadi air yg berbondong menuju semula ke kerak pasir, atap zink, jala, padang bola dan segala perkara yg menghuni alam ..dan angin dari benua timur menjadikan hujan bertambah rakusnya dengan hentaman ganas ombak gadang..bot diesel para nelayan teroleng oleng lalu tersadai..makanya mereka sedia faham..cukupkan hari ini dgn bermain dam haji di wakaf..dan isteri berehat ditangga bersembang sembang tentang perlumbaan kapal layar di Pulau Duyong..dan dengar kabarnya orang putih akan memberi jutaan ringgit kepada negeri..dan biarlah negeri maju..semaju majunya..Terengganu Kiter..!!

Thursday, October 21, 2010

MONSUN PART 1


Pok Mang menarik nafas. Melihat ombak, melihat budak budak berlari lari bermain bola atas pasir. Pok Mang melihat pula sangkar merbuk yg bergoyang perlahan tergantung dihujung atap. Merbukya sudah lama arwah, dilastik Azuang anak bongsunya. Dia menggulung rokok daun dan segumpal tembakau cap ayam yang diisi dalam kotak dunhill merah. Asap berkepul dari muncung, urat lehernya tersembul bila dia menarik asap dalam dalam dan menghembus kuat. Sehari dua ini Pok Mang hanya duduk duduk dan sesekali bermain dam haji dengan Azeng, Pok Ya Kepok atau Ameng, cina kedai basikal.

Waktu pagi ini Pok Mang memang sangat tenang dan lapang. Ketiadaan Merry sang bini bertubuh sasanya yang sedang kursus komputer anjuran Kemas menambah lagi ketenangan Pok Mang. Setidaknya dia tak perlu mendengar bebelan Merry tentang dinding bilik air yg hanya ditampal dengan banner jualan murah Supermarket Sabasun.

Ombak tinggi dan angin monsun sedang galak persis taufan kadangkala. Bukan lah perkara yang cerdik jika mahu menjala kerapu putih atau tenggiri buat masa ini. Cukup lah bermain disungai Terengganu. Jika mujur mungkin juga dapat anak kerapu putih sesat yg bermain dikuala sungai. Jika tidak, cukuplah keli sebesar jari atau pari sebesar tapak tangan. Jika malang, cuma dapat modes terpakai atau bangkai ayam penduduk Seberang Takir.

Laungan azan zuhur di masjid bergaung dan Pok Mang bangun malas dari pangkin kayu dan menghabiskan baki kopinya. Mengemas rokok daun dan tembakau yg bersepah dan menyumbat ke dalam kotak rokok dunhill. Dia mahu segera ke masjid, sudah lama dia hanya bersolat ditengah laut bersama olengan ombak gadang. Kali ini waktu yang Tuhan berikan percuma harus lah dia bersegera bersujud dan berjemaah. Pok Mang menjerit nama Azuang yang masih riang bermain, melompat, menjerit dan berjemur ditengah panas ditepi pantai.

Monday, October 18, 2010

seenak tangan menaip..

Doa yg terulang ulang..mahu berjaya, mahu kaya, mahu syurga dan mahu apa saja yg enak enak dan sedap sedap.. manusia sememangnya begitu, namun segalanya Tuhan beri dgn caraNya yang sangat tidak difahami khalayak manusia dan jin. Manusia sudah ada semua yg mereka perlu..namun manusia masih membunuh, memfitnah dan buat segala kemungkaran membuta tuli semata mata kerana mahukan lebih dari perlu...dan kesimpulan apa yang aku nak cakap ialah..TUHAN MEMBERI APA YANG PERLU..DAN TIDAK APA YANG KAU MAHU..kerana dia maha mengatahui....

Friday, October 15, 2010

BLOG VS BOLOQ

Apa natang tajuk tu..? ok dude..boloq tu loghat Terangganu utk menggambarkan sesuatu yg huru hara, kacau bilau atau messy la..ke salah..? lantak...ok..maksudnya aku tidak ada masa langsung untuk menulis. Serius bunyi nya kan..? dan rasanya kalo tak up date pun, sape kisah..? pasal belum lagi plak aku baca dlm sinar harian atau kosmo! tentang ada orang mati bunuh diri pasal tak dapat baca blog aku..so? biar lah hai...ok la dude..aku nak bukak facebook ni....hehehe..

Thursday, September 2, 2010

Musim Panas Bulan Sembilan



Pagi ini..musim kering bulan september, matahari seperti selalunya..bersegera dan memuntahkan sinar. Embun didaunan pun tersejat dan kering. Rerama berbagai warna bergentayang ruang langit. Bersama alunan angin monsun dari pantai barat. Disini waktu berlalu mengikut rentak jiwa. tidak ada yg memaksa. Berputar dan bersilih ganti mengikut haknya. Semua ini mahakarya. Dunia ini, alam ini, bintang bintang, bulan, pelangi, sungai dan gunungan.

Diwaktu ini sungai Indus sedang merampas nikmat manusia di Pakistan. Huru hara dan azab, sakit dan kelaparan dan usah difikir tentang rerama berwarna warni atau embun dingin..kerana mereka tidak punya masa utk itu. Kita dan mereka tidak pernah berbeza. Langit yg sama, bulan dan bintang yg sama, begitu juga angin, tanah dan gunung. namun mendapatnya dalam rasa yg berbeza..kenapa..? Aku tak ada jawapan yg sangat tepat. Cuma semua ini adalah Mahakarya Yg Maha Agung. Dia buleh melukiskan apa saja lukisan yg Dia mahu, mencurah berjuta warna dalam kanvas yg sama. Namun berbeza cara manusia melihatnya.

Wednesday, September 1, 2010

Sebuah Drama Dihospital Daerah

Semalam aku melawat sahabat dan jiran sebelah pagar yg terlantar dihospital kerana sedikit ujian Tuhan. Namun kerana mengelabah tak bertempat aku sampai 3 jam sebelum waktunya utk melawat. 3 jam..? aduhaii..bisa buat aku tua dan mati cepat..! lebih lebih lagi melayan Mak Cik peramah melampau duduk disebelah bersama nafasnya yg boleh membunuh serangga kecil..(bau racun rumpai) arghhh.

"Salam Kak.."
"salam..hah..apo?"
"boleh ko esey masuk jap Kak..errr.."
"kau tengok sebolah gate nih..kek signboard tu..ado tulih..melawat pukul 12 am..apo masalah kau..?"
"nampak Kak..tapi sekojap pun ok Kak..pasal esey nak antar makanan kek adik esey jap..pasal esey nak balik Kodah nih ha.."

huh..mampus Akak Guard gemuk bermuka bengis buat buat itu kena "pemongak" tanpa belas..hahaha. aku pun meneruskan agenda muka kasihan paling hebat. Akak Guard bernama Sabbarriah (pelik ada dua `b` dan dua `r` pada namanya kat nametag) menoleh kepada seorang lagi partnernya seorang Lelaki India bermata agak merah dan berair kerana sudah lapan ratus kali menguap agaknya. Lelaki India itu diam, cuma menguap lagi sehingga meletup tulang rahangnya kerana bukaan mulut yg terlalu luas barangkali.

"ok la..wad bapo..?"
"err..ompek..ya la ompek.."
"ok..copek sikit..ni bukan time melawat tau..?"
"yo kak..mekasih kak..sojap yooo.."

Huh..aku pun berlalulah dengan sunguh sopannya berjalan tanpa menoleh lagi dah kepada Akak Guard gemuk bermuka resaksa itu. Syukur..walau aku tahu Tuhan tak pernah berkompromi dgn org yg menipu. Kedah.? haha..apa sebab pulak aku nak kesana..

Ok lah..aku bukan nak cerita aku melawat siapa..aku cuma nak bercerita tentang Akak Guard yg bermuka resaksa, Mak Cik yg nafasnya bau racun rumpai, lelaki Guard India yg mengantuk dan juru rawat yg 'kolok' mereka inilah watak yg menjadikan duniawi ini tempat yang menarik utk berkongsi hidup dan perasaan. Namun utk merasainya kita harus melihatnya dgn jiwa yg halus dan sedar tentang perbezaan dan anugerah utk setiap hamba. Tuhan tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia sia hatta seekor lalat. Dan jgn pernah merasakan kita ini manusia yg terhebat dan `seseorang`..kita sama sahaja..dan biarkan sahaja Tuhan yang melihat perbezaannya.....


Tuesday, August 31, 2010

kutulis ketika aku risau tentang runsing..?

foto dari saudara Zul (Tj` Lens)

Hati yg runsing bukan kerana tiada duit atau tiada awek atau tiada apa apa yg sepatutnya engkau ada..hati runsing kerana engkau itu manusia..dan manusia yg tiada runsing adalah manusia paling runsing sehinggakan runsing itu membuatkan dia berjalan jalan dan ketawa merata rata..malangnya mereka memanggilnya orang sasau yg tidak perlulah dirunsingkan kehadirannya didunia fana ini..entah hapa hapa la jawabnya..

Monday, August 23, 2010

babak merdeka yg klise..

Musim ini, musim utk khalayak bersemangat patriot. Dimana mana pun dimasa ini mereka sedang bercakap dgn lantang, bersemangat, beremosi dan bersungguh sungguh dalam menyuarakan matlamat negara. Namun bagi manusia berakal ia hanya seperti orang mati yg dimekap, dihias dan digerak gerakan..dan ia memang seperti hidup walau sudah berbau tengik dan meloyakan.

Hidup aku sebagai masyarakat negara merdeka ini tidak pernah ada ubahnya. disini ramai ulamak, ulamak disini maksum belaka..tidak pernah berdosa, kecuali orang lain. Disini para pemimpin gemuk gemuk dan bersenang lenang lagi pula tidak pernah berdosa kepada Tuhan. Apa engkau mahu?..masjid?..cakap saja, berapa juta kosnya..dan pergi saja beribadat.

Ini negara merdeka, engkau boleh saja buat apa engkau mahu..seperti buang bayi ditepi longkang atau merempit siang malam. Salah saja diri sendiri...tanya saja pada diri sendiri. Jangan tanya Menteri atau sang YB atau ulama ulama. Berdoalah lah sendiri kepada Tuhan kerana doa yg terbaik sudah pergi ke Lim Guan Eng. Dan semakin lama semakin banyak mayat bayi dibuang dilongkang..kerana manusia2 `terpilih` ini tidak merasakan ia penting utk difikirkan. Selamat merdeka............................

Saturday, June 5, 2010

Drama Berat Usin Sewel

'pasal tu korang semuo nih tak maju..bangang..!!" marah sungguh Usin bila ideanya dilawak kan oleh Mahadi. "ekau yg bangang..kalo kau dah tambak kampung kampung ni...kito ni nak jadi umpan ikan paus.?.dah bangang..gilo pulak tu.!!" balas mahadi menyingga bila dia dikatakan bangang. Kadir, Daud dan Ali Majlis ketawa sampai tersembur karipap dari muncung. Pak Tam yang sedang membancuh tea mengintai kepala keluar gerainya. Keadaan yg riuh itu memang biasa dan belum pernah pulak bunuh membunuh sesama sendiri. Sememangnya Usin memang selalu bikin warung Pak Tam jadi pentas raja lawak. Usin tidak pula pernah merasakan dia itu pelawak. Semua warga kampung Jejanda kenal Usin. Sehinggakan Dato Zaman, wakil Rakyat Dun Sungai Batam pun kenal Usin.

Watak dungu dan semberono Usin sememangnya penuh kontroversi dan caci maki. Pernah Si Azam Ketua Cawangan membaling mikropon ke Usin bila Usin mencadangkan diadakan pertandingan Ratu Cantik versi kerbau kampung. Usin berkeras mengatakan dia hanya mencadangkan program utk memajukan kampung. Biar dunia tahu tentang kekreatifan anak kampung Jejanda dan belum ada orang buat pun. "masalah eh sekarang mesorat agung cawangan babi..!! apo pasal plak kau nak mencadangkan yg bukan bukann..!!!!." jerit Azam sambil membaling mikropon. Mesyuarat Agung Cawangan terpaksa ditangguh kan kerana Azam mengejar Usin keliling balairaya. YB Dato Zaman yg dijangka merasmikan mesyuarat itu dikejarkan ke hospital besar kerana jantungnya tiba tiba berhenti berfungsi.

Dan kali ini kontroversi melanda lagi bila Usin bercadang mahu berjumpa MB. Dia mahu menternak paus biru. Dan Usin mahu menjadikan tiga buah kampung ditambak dari gunung ke gunung. Azam ketua cawangan pula jadi gundah gulana. Usin tu mana boleh jangka, dia tidak peduli apa pun. Kalau usin gilo ni berjumpa jugak MB mana dia nak letak muka?. Kalau itu terjadi memang dia akan meletakan jawatan dan akan mendelete akaun facebooknya juga. Kerana dia yg paling kerap mengomen status MB. Sudah pasti Usin gilo tu akan memburukannya didepan MB. Dan MB mana tahu siapa Usin..aduhhhh..sakit kepala Azam bila memikirkan si Usin Bangang.

Namun dalam masa seminggu itu, Usin sudah ada idea baru pula. Idea Projek Ternak Paus Biru sudah tidak lagi dijajanya. kali ini dia mencadangkan supaya dia dilantik menjadi Ketua Cawangan pula kerana Azam tidak berdaya saing. Azam tidak mempunyai idea secanggihnya. Mana mungkin seorang ketua lembab macam Azam. Walaupun Usin tu dungu dan sewel tapi masih membuat Azam terfikir utk mengupah pembunuh upahan.....