Monday, August 23, 2010

babak merdeka yg klise..

Musim ini, musim utk khalayak bersemangat patriot. Dimana mana pun dimasa ini mereka sedang bercakap dgn lantang, bersemangat, beremosi dan bersungguh sungguh dalam menyuarakan matlamat negara. Namun bagi manusia berakal ia hanya seperti orang mati yg dimekap, dihias dan digerak gerakan..dan ia memang seperti hidup walau sudah berbau tengik dan meloyakan.

Hidup aku sebagai masyarakat negara merdeka ini tidak pernah ada ubahnya. disini ramai ulamak, ulamak disini maksum belaka..tidak pernah berdosa, kecuali orang lain. Disini para pemimpin gemuk gemuk dan bersenang lenang lagi pula tidak pernah berdosa kepada Tuhan. Apa engkau mahu?..masjid?..cakap saja, berapa juta kosnya..dan pergi saja beribadat.

Ini negara merdeka, engkau boleh saja buat apa engkau mahu..seperti buang bayi ditepi longkang atau merempit siang malam. Salah saja diri sendiri...tanya saja pada diri sendiri. Jangan tanya Menteri atau sang YB atau ulama ulama. Berdoalah lah sendiri kepada Tuhan kerana doa yg terbaik sudah pergi ke Lim Guan Eng. Dan semakin lama semakin banyak mayat bayi dibuang dilongkang..kerana manusia2 `terpilih` ini tidak merasakan ia penting utk difikirkan. Selamat merdeka............................

4 comments:

  1. dunia sudah semakin tua....

    ReplyDelete
  2. sadis sungguh..kala kita berada ditangga ke-37 dunia & ke-3 Asia, masyarakat sebenarnya semakin "sakit" & "tenat"..

    ReplyDelete
  3. Merdeka Kite dengan Syarat cara mereka. Undang-undang kite sekongkong dengan cara mereka. Ye. Mereka menetapkan segalanya. Kita hanya boneka baginya. berbagai perkara di wariskan kepada kite. Kite yang meminta akhirnya berteriak gembira dengan cara mereka. selagi kite tidak kembali dengan cara NYA yang MAHA PENCIPTA. Selagi Itu Terumbang ambing jagat raya ini. Tunggu saja Saat tibanya Sang Raja Fitnah. Terbukakah Mata-mata hati tika itu atau turut menurut hebatnya sayang Dajal Durjana. Dunia Hampir Sudah.

    ReplyDelete
  4. aquarius..memang begitulah..dan saya hanya runsingkan ujian selayaknya utk zaman kita yg sudah terlalu jauh dgn zaman Muhammad SAW..salinglah kita berdoa buat sahabat2 diluar sana..utk kembali berganding bahu membina iman sesuai dgn kehendak Muhammad SAW dan Allah..Inshallah

    ReplyDelete