Thursday, September 2, 2010

Musim Panas Bulan Sembilan



Pagi ini..musim kering bulan september, matahari seperti selalunya..bersegera dan memuntahkan sinar. Embun didaunan pun tersejat dan kering. Rerama berbagai warna bergentayang ruang langit. Bersama alunan angin monsun dari pantai barat. Disini waktu berlalu mengikut rentak jiwa. tidak ada yg memaksa. Berputar dan bersilih ganti mengikut haknya. Semua ini mahakarya. Dunia ini, alam ini, bintang bintang, bulan, pelangi, sungai dan gunungan.

Diwaktu ini sungai Indus sedang merampas nikmat manusia di Pakistan. Huru hara dan azab, sakit dan kelaparan dan usah difikir tentang rerama berwarna warni atau embun dingin..kerana mereka tidak punya masa utk itu. Kita dan mereka tidak pernah berbeza. Langit yg sama, bulan dan bintang yg sama, begitu juga angin, tanah dan gunung. namun mendapatnya dalam rasa yg berbeza..kenapa..? Aku tak ada jawapan yg sangat tepat. Cuma semua ini adalah Mahakarya Yg Maha Agung. Dia buleh melukiskan apa saja lukisan yg Dia mahu, mencurah berjuta warna dalam kanvas yg sama. Namun berbeza cara manusia melihatnya.

Wednesday, September 1, 2010

Sebuah Drama Dihospital Daerah

Semalam aku melawat sahabat dan jiran sebelah pagar yg terlantar dihospital kerana sedikit ujian Tuhan. Namun kerana mengelabah tak bertempat aku sampai 3 jam sebelum waktunya utk melawat. 3 jam..? aduhaii..bisa buat aku tua dan mati cepat..! lebih lebih lagi melayan Mak Cik peramah melampau duduk disebelah bersama nafasnya yg boleh membunuh serangga kecil..(bau racun rumpai) arghhh.

"Salam Kak.."
"salam..hah..apo?"
"boleh ko esey masuk jap Kak..errr.."
"kau tengok sebolah gate nih..kek signboard tu..ado tulih..melawat pukul 12 am..apo masalah kau..?"
"nampak Kak..tapi sekojap pun ok Kak..pasal esey nak antar makanan kek adik esey jap..pasal esey nak balik Kodah nih ha.."

huh..mampus Akak Guard gemuk bermuka bengis buat buat itu kena "pemongak" tanpa belas..hahaha. aku pun meneruskan agenda muka kasihan paling hebat. Akak Guard bernama Sabbarriah (pelik ada dua `b` dan dua `r` pada namanya kat nametag) menoleh kepada seorang lagi partnernya seorang Lelaki India bermata agak merah dan berair kerana sudah lapan ratus kali menguap agaknya. Lelaki India itu diam, cuma menguap lagi sehingga meletup tulang rahangnya kerana bukaan mulut yg terlalu luas barangkali.

"ok la..wad bapo..?"
"err..ompek..ya la ompek.."
"ok..copek sikit..ni bukan time melawat tau..?"
"yo kak..mekasih kak..sojap yooo.."

Huh..aku pun berlalulah dengan sunguh sopannya berjalan tanpa menoleh lagi dah kepada Akak Guard gemuk bermuka resaksa itu. Syukur..walau aku tahu Tuhan tak pernah berkompromi dgn org yg menipu. Kedah.? haha..apa sebab pulak aku nak kesana..

Ok lah..aku bukan nak cerita aku melawat siapa..aku cuma nak bercerita tentang Akak Guard yg bermuka resaksa, Mak Cik yg nafasnya bau racun rumpai, lelaki Guard India yg mengantuk dan juru rawat yg 'kolok' mereka inilah watak yg menjadikan duniawi ini tempat yang menarik utk berkongsi hidup dan perasaan. Namun utk merasainya kita harus melihatnya dgn jiwa yg halus dan sedar tentang perbezaan dan anugerah utk setiap hamba. Tuhan tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia sia hatta seekor lalat. Dan jgn pernah merasakan kita ini manusia yg terhebat dan `seseorang`..kita sama sahaja..dan biarkan sahaja Tuhan yang melihat perbezaannya.....