Thursday, September 2, 2010

Musim Panas Bulan Sembilan



Pagi ini..musim kering bulan september, matahari seperti selalunya..bersegera dan memuntahkan sinar. Embun didaunan pun tersejat dan kering. Rerama berbagai warna bergentayang ruang langit. Bersama alunan angin monsun dari pantai barat. Disini waktu berlalu mengikut rentak jiwa. tidak ada yg memaksa. Berputar dan bersilih ganti mengikut haknya. Semua ini mahakarya. Dunia ini, alam ini, bintang bintang, bulan, pelangi, sungai dan gunungan.

Diwaktu ini sungai Indus sedang merampas nikmat manusia di Pakistan. Huru hara dan azab, sakit dan kelaparan dan usah difikir tentang rerama berwarna warni atau embun dingin..kerana mereka tidak punya masa utk itu. Kita dan mereka tidak pernah berbeza. Langit yg sama, bulan dan bintang yg sama, begitu juga angin, tanah dan gunung. namun mendapatnya dalam rasa yg berbeza..kenapa..? Aku tak ada jawapan yg sangat tepat. Cuma semua ini adalah Mahakarya Yg Maha Agung. Dia buleh melukiskan apa saja lukisan yg Dia mahu, mencurah berjuta warna dalam kanvas yg sama. Namun berbeza cara manusia melihatnya.

No comments:

Post a Comment