Thursday, October 21, 2010

MONSUN PART 1


Pok Mang menarik nafas. Melihat ombak, melihat budak budak berlari lari bermain bola atas pasir. Pok Mang melihat pula sangkar merbuk yg bergoyang perlahan tergantung dihujung atap. Merbukya sudah lama arwah, dilastik Azuang anak bongsunya. Dia menggulung rokok daun dan segumpal tembakau cap ayam yang diisi dalam kotak dunhill merah. Asap berkepul dari muncung, urat lehernya tersembul bila dia menarik asap dalam dalam dan menghembus kuat. Sehari dua ini Pok Mang hanya duduk duduk dan sesekali bermain dam haji dengan Azeng, Pok Ya Kepok atau Ameng, cina kedai basikal.

Waktu pagi ini Pok Mang memang sangat tenang dan lapang. Ketiadaan Merry sang bini bertubuh sasanya yang sedang kursus komputer anjuran Kemas menambah lagi ketenangan Pok Mang. Setidaknya dia tak perlu mendengar bebelan Merry tentang dinding bilik air yg hanya ditampal dengan banner jualan murah Supermarket Sabasun.

Ombak tinggi dan angin monsun sedang galak persis taufan kadangkala. Bukan lah perkara yang cerdik jika mahu menjala kerapu putih atau tenggiri buat masa ini. Cukup lah bermain disungai Terengganu. Jika mujur mungkin juga dapat anak kerapu putih sesat yg bermain dikuala sungai. Jika tidak, cukuplah keli sebesar jari atau pari sebesar tapak tangan. Jika malang, cuma dapat modes terpakai atau bangkai ayam penduduk Seberang Takir.

Laungan azan zuhur di masjid bergaung dan Pok Mang bangun malas dari pangkin kayu dan menghabiskan baki kopinya. Mengemas rokok daun dan tembakau yg bersepah dan menyumbat ke dalam kotak rokok dunhill. Dia mahu segera ke masjid, sudah lama dia hanya bersolat ditengah laut bersama olengan ombak gadang. Kali ini waktu yang Tuhan berikan percuma harus lah dia bersegera bersujud dan berjemaah. Pok Mang menjerit nama Azuang yang masih riang bermain, melompat, menjerit dan berjemur ditengah panas ditepi pantai.

Monday, October 18, 2010

seenak tangan menaip..

Doa yg terulang ulang..mahu berjaya, mahu kaya, mahu syurga dan mahu apa saja yg enak enak dan sedap sedap.. manusia sememangnya begitu, namun segalanya Tuhan beri dgn caraNya yang sangat tidak difahami khalayak manusia dan jin. Manusia sudah ada semua yg mereka perlu..namun manusia masih membunuh, memfitnah dan buat segala kemungkaran membuta tuli semata mata kerana mahukan lebih dari perlu...dan kesimpulan apa yang aku nak cakap ialah..TUHAN MEMBERI APA YANG PERLU..DAN TIDAK APA YANG KAU MAHU..kerana dia maha mengatahui....

Friday, October 15, 2010

BLOG VS BOLOQ

Apa natang tajuk tu..? ok dude..boloq tu loghat Terangganu utk menggambarkan sesuatu yg huru hara, kacau bilau atau messy la..ke salah..? lantak...ok..maksudnya aku tidak ada masa langsung untuk menulis. Serius bunyi nya kan..? dan rasanya kalo tak up date pun, sape kisah..? pasal belum lagi plak aku baca dlm sinar harian atau kosmo! tentang ada orang mati bunuh diri pasal tak dapat baca blog aku..so? biar lah hai...ok la dude..aku nak bukak facebook ni....hehehe..