Saturday, June 5, 2010

Drama Berat Usin Sewel

'pasal tu korang semuo nih tak maju..bangang..!!" marah sungguh Usin bila ideanya dilawak kan oleh Mahadi. "ekau yg bangang..kalo kau dah tambak kampung kampung ni...kito ni nak jadi umpan ikan paus.?.dah bangang..gilo pulak tu.!!" balas mahadi menyingga bila dia dikatakan bangang. Kadir, Daud dan Ali Majlis ketawa sampai tersembur karipap dari muncung. Pak Tam yang sedang membancuh tea mengintai kepala keluar gerainya. Keadaan yg riuh itu memang biasa dan belum pernah pulak bunuh membunuh sesama sendiri. Sememangnya Usin memang selalu bikin warung Pak Tam jadi pentas raja lawak. Usin tidak pula pernah merasakan dia itu pelawak. Semua warga kampung Jejanda kenal Usin. Sehinggakan Dato Zaman, wakil Rakyat Dun Sungai Batam pun kenal Usin.

Watak dungu dan semberono Usin sememangnya penuh kontroversi dan caci maki. Pernah Si Azam Ketua Cawangan membaling mikropon ke Usin bila Usin mencadangkan diadakan pertandingan Ratu Cantik versi kerbau kampung. Usin berkeras mengatakan dia hanya mencadangkan program utk memajukan kampung. Biar dunia tahu tentang kekreatifan anak kampung Jejanda dan belum ada orang buat pun. "masalah eh sekarang mesorat agung cawangan babi..!! apo pasal plak kau nak mencadangkan yg bukan bukann..!!!!." jerit Azam sambil membaling mikropon. Mesyuarat Agung Cawangan terpaksa ditangguh kan kerana Azam mengejar Usin keliling balairaya. YB Dato Zaman yg dijangka merasmikan mesyuarat itu dikejarkan ke hospital besar kerana jantungnya tiba tiba berhenti berfungsi.

Dan kali ini kontroversi melanda lagi bila Usin bercadang mahu berjumpa MB. Dia mahu menternak paus biru. Dan Usin mahu menjadikan tiga buah kampung ditambak dari gunung ke gunung. Azam ketua cawangan pula jadi gundah gulana. Usin tu mana boleh jangka, dia tidak peduli apa pun. Kalau usin gilo ni berjumpa jugak MB mana dia nak letak muka?. Kalau itu terjadi memang dia akan meletakan jawatan dan akan mendelete akaun facebooknya juga. Kerana dia yg paling kerap mengomen status MB. Sudah pasti Usin gilo tu akan memburukannya didepan MB. Dan MB mana tahu siapa Usin..aduhhhh..sakit kepala Azam bila memikirkan si Usin Bangang.

Namun dalam masa seminggu itu, Usin sudah ada idea baru pula. Idea Projek Ternak Paus Biru sudah tidak lagi dijajanya. kali ini dia mencadangkan supaya dia dilantik menjadi Ketua Cawangan pula kerana Azam tidak berdaya saing. Azam tidak mempunyai idea secanggihnya. Mana mungkin seorang ketua lembab macam Azam. Walaupun Usin tu dungu dan sewel tapi masih membuat Azam terfikir utk mengupah pembunuh upahan.....

Thursday, June 3, 2010

kedai mamak dan broker

petang selepas asar..mengunjungi kedai mamak memang sudah rutin. Kalau tidak berkawan pun aku seorang. sebenarnya selain kena bayar, tea tarik mamak tak lah sedap sangat. entah apa ke jadahnya kaki dan hati aku selalu sgt mahu kesitu. sebenarnya bukan lah tea tarik sedap atau kedai mamak tu bersuasana romantik. tapi bagi aku setiap teguk tea tarik menjadikan aku keluar sebentar dari dunia biasa biasa. terlupa facebook, blog, bil api, bil air, rodtek kereta (dah mampus), anwar ibrahim, najib dan rosmah mansor hehe..dikedai mamak aku seronok melihat manusia macam aku, berbagai visual yg hidup dalam ruang tidak terhad. berbagai kasta dan peringkat manusiawi. seronok juga mendengar bicara sembang yg bersungguh dan yang berlawak. semuanya tentang bagaimana mahu menjadi orang yg terhebat, terkaya, termulia, terpopular dan berjuta ter ter lagi. itu lah yg menariknya. dan aku sering bersangka baik baik sahaja, kerana aku tidak mahu menjadi seorang yg menghukum dan mengadili orang. mereka ada cerita dan mereka ada impian. aku juga begitu dan tidak ada bezanya aku dan sesiapapun hamba Allah dimuka bumi ini. cuma detik pertemuan dengan Tuhan nanti yg akan membezakan antara hamba...begitulah hendaknya. petang ini sama seperti petang semalam dan kelmarin. tetap ada cerita baru dari broker balak, broker tanah, broker pasir sungai, broker kereta sehingga lah kepada cerita tenang perjanjian najib ngan PM singapore. cerita pusaka ummat melayu akan tergadai..haha..selalunya aku hanya mencuri dengar sambil mata tertumpu kepada paper yg sudah ada kesan kuah kari. sememangnya bersembang sambil menghirup tea ini adalah satu cara utk bercerita sebebasnya. tidak perlu ada pengerusi atau skrin LCD. cerita lah apa saja. dan sudah pastinya ada pendengarnya. petang ini aku bersantai bersama hj seleman dan mendengar cerita tentang kerjaya barunya..seorang jaga kilang yg dipenuhi dengan awek indon yg mungil dan kiut..dan aku melayan sahaja kerana ada juga seronoknya..namun aku tidak pernah percaya dengan `taste` hj seleman yg selalunya semberono..ha hah aa..