Saturday, March 20, 2010

parah

Senja sedang datang..masyarakat rumah pangsa PPRT pun sedang bersiap siap menyambut malam minggu. Malam santai dan malam `hot` untuk orang muda, separuh muda, tua tapi macam muda, tua bangka nak mampus, jaga kilang dan sekalian manusia di rumah pangsa..semua sedang berkira kira untuk mengunjungi karaoke, angkut awek muda belia, pompuan indon, mak janda atau setidaknya bapuk taman NST..huh..malam minggu ini memang engkau kena nikmati. Jika tidak lebih baik engkau balik kampong dan motong..heh dialog Along Pailang dengan tersangat lah bangganya dengan kebangangannya. Dan aku pun terpengaruh dengan bongoknya `mahzab` setan simamat pailang ni. Akibatnya solat subuh ku bersepai di tepi jalan Taman Seri Pagi. Hanya sebab nak menonton mat rempit beraksi, itupun setelah berjam jam bersembang dengan Sheery (bapok) di Taman NST..punya la sialnya pengalaman nih. Biar lah kan..sapa suruh ikut..aku jugak yg patut kena tempeleng sebenarnya. Malam ini Along Pailang sms lagi “ bro..kol aku balik..” punya la shortword, suruh aku call dia..pergi mampus la..aku bermonolog. Ada lebih lapan juta benda lain aku boleh buat selain bersembang ngan bapuk dan melepak tengok mat rempit..!! malas lah nak layan..Facebuking lagi berfaedah..heh.. Kalau esok dia tanya..selamba la babe.. “aku mana ada kedit broo..hek elehh..lain kali kol lah..ni main miskol lak..huh” ha ha ha..aku rasa macam dapat pahala tipu sibengong nih..ha ha. Malam minggu kali ini, aku bersantai menulis blog yg dah berbulan bulan tak update..heh. Dan dibawah kolong rumah pangsa aku lihat Kak Leen janda dobi sedang berlenggang kangkung menuju ke sebuah kereta. Seorang lelaki bermisai lebat terhegeh hegeh dan terbatuk batuk membukakan pintu iswaranya. Kereta proton buruk yg hampir sama dengan wajah drivernya pun pergi membawa Kak Leen janda dobi menikmati `hot`nya malam minggu. Hai kalau Tuhan turunkan bala. Dengan aku sekali kena balun…ampun…

Tuesday, March 16, 2010

Ayah man part 1

seusai subuh berjemaah disurau..ayah man segera balik kerumah tanpa menunggu imam kadir menghabiskan zikir panjangnya..dirumah, ayah man menyalini tubuhnya dengan pakaian agak cantik.. masih terlalu awal..namun ayah man sudah bersiap sedia..dia menyisir rapi janggut yang putih..dan berkali dia mengeraskan tubuh didepan cermin menggayakan baju batik berwarna merah berbunga kuning..dan dipadankan dengan seluar kelabu tahi anjing..sesekali dia menyanyikan lagu yang sukar dipahami orang lain..mungkin hanya irama ciptaannya dikala jiwa sedang berbunga..namun melalui ritmanya agak jelas bahawa ia sebuah lagu dang dut..ayah man mahu berjumpa sakinah..ayah man akan minum pagi bersama sakinah..bergelak ketawa, bergurau senda sambil mencuri pandang buah dada sakinah yang seperti nasi lemak ayam berharga rm3.00 dikedai haji ahmad..ayah man menanggalkan kopiah putih bercorak masjid nabawi dan menggantikan dengan topi barre bercorak petak..itu pun setelah berfikir memakai topi koboi kulitnya agak melampau..ayah man pernah memakai topi koboi kulitnya yang dibeli di hat yai ketika berjalan bersama sakinah di pekan kuala sawah..akibatnya imam kadir mengubungi serta merta jalil yang berkerja ditangkak..walaupun perkataan imam kadir melalui sms yang sangat ‘shortword’ itu tunggang langgang namun jalil memahami bahawa ayahnya sudah ‘gila’ dan jalil terpaksa cuti tanpa gaji dikilang makanan haiwan itu beberapa hari..ayah man agak tersinggung dengan sms imam kadir..apakah besar sangat dosa memakai topi koboi kulit sambil berjalan dengan sakinah?..namun ayah man tidak pernah mahu memperdulikan imam kadir..ayah man menganggap imam kadir tengah gila bersms..semua orang imam kadir sms..sehinggalah imam kadir jadi tajuk perbualan hangat kerana mengsms talipon rumah hj tapa gomok..nazir masjid.

Friday, March 12, 2010

satu puisi anggun dari pembikin yg tersohor..aku hanya menempatkan ia
dalam blog yg tak selayaknya ini..

puisi Rendra

Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah
kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka,

kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita.
Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku,
aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak rumah,
lebih banyak popularitas,
dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan,

Seolah semua "derita" adalah hukuman bagiku.
Seolah keadilan dan kasih Nya harus berjalan seperti matematika :
aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku, dan
Nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan Kekasih.
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku", dan menolak keputusanNya yang tak sesuai keinginanku,
Gusti, padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanyalah untuk beribadah...
"ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja"


(WS Rendra).

Thursday, March 11, 2010

indah (sebuah lagu)

indah..
hariku kerna senyummu
bila kah kan bertemu..bila hati ku kurindu..

indah..
sunyi nya rasa hidupku..
bila ku tak mendengar suara indah mu itu..

ohh..sayang..
bulan pun kan cemburu..
dengan kehebatan senyum kasih mu..
datang lah wahai sayang ku..
dingin kan dadaku yg bergelora..

oohh sayang..ku tulis nama mu..
diatas batu..biar abadi..
oh Tuhan lindungi kami..
hingga akhirnya hidup ini...