Tuesday, March 16, 2010

Ayah man part 1

seusai subuh berjemaah disurau..ayah man segera balik kerumah tanpa menunggu imam kadir menghabiskan zikir panjangnya..dirumah, ayah man menyalini tubuhnya dengan pakaian agak cantik.. masih terlalu awal..namun ayah man sudah bersiap sedia..dia menyisir rapi janggut yang putih..dan berkali dia mengeraskan tubuh didepan cermin menggayakan baju batik berwarna merah berbunga kuning..dan dipadankan dengan seluar kelabu tahi anjing..sesekali dia menyanyikan lagu yang sukar dipahami orang lain..mungkin hanya irama ciptaannya dikala jiwa sedang berbunga..namun melalui ritmanya agak jelas bahawa ia sebuah lagu dang dut..ayah man mahu berjumpa sakinah..ayah man akan minum pagi bersama sakinah..bergelak ketawa, bergurau senda sambil mencuri pandang buah dada sakinah yang seperti nasi lemak ayam berharga rm3.00 dikedai haji ahmad..ayah man menanggalkan kopiah putih bercorak masjid nabawi dan menggantikan dengan topi barre bercorak petak..itu pun setelah berfikir memakai topi koboi kulitnya agak melampau..ayah man pernah memakai topi koboi kulitnya yang dibeli di hat yai ketika berjalan bersama sakinah di pekan kuala sawah..akibatnya imam kadir mengubungi serta merta jalil yang berkerja ditangkak..walaupun perkataan imam kadir melalui sms yang sangat ‘shortword’ itu tunggang langgang namun jalil memahami bahawa ayahnya sudah ‘gila’ dan jalil terpaksa cuti tanpa gaji dikilang makanan haiwan itu beberapa hari..ayah man agak tersinggung dengan sms imam kadir..apakah besar sangat dosa memakai topi koboi kulit sambil berjalan dengan sakinah?..namun ayah man tidak pernah mahu memperdulikan imam kadir..ayah man menganggap imam kadir tengah gila bersms..semua orang imam kadir sms..sehinggalah imam kadir jadi tajuk perbualan hangat kerana mengsms talipon rumah hj tapa gomok..nazir masjid.

1 comment: