Thursday, January 21, 2010

PANGSAPURI RAKYAT INI

6.45 pm..sebentar lagi akan maghrib..namun sorak gembira budak bermain bola seperti hari tak akan malam..pangsapuri rakyat ini masih ceria dan heboh, Pak Cik Usin yang suka berkelakar bersama Mak Cik Tun janda sudah mengenakan baju berwarna kuning berbunga, petanda Johari akan menjemputnya..hmm mungkin over night di warung berkara oke atau sekadar melawat Dataran Senawang melihat lihat dara sunti pulang dari kilang. Along Block F pula sedang mula mengilat honda civic `bullet` tahun 1990nya, dan sesekali hansetnya berbunyi dengan ringtone berlagu merdu. Dalam bersembang dia mengarahkan anaknya supaya tidak mengusik dinding kereta yang sudah berkilat. Along Block F seorang bodyguard exco kata Udin Lambong..jgn memain dengan Along Block F cuma dia dan dua tiga orang memiliki ilmu kebatinan maha tinggi dari gunung bagindo..pesan Udin lambung penuh kesungguhan kepada dua tiga orang budak sekolah yang sedang memancing dikolam Majlis Daerah satu hari dulu. hmm..ini lah dunia rumah pangsa ku..disini rutin manusia tidak selalu seperti apa yang kita mahu. kita cuma perlu hidup dan belajar menghargai seseorang..dan menerima seadanya. rumah pangsa ini tempat disatukan berbagai jiwa dari berbagai `mahzab` kehidupan...dan kali ini aku menulis hanya untuk menyatakan `gembiranya` hati ini dengan kehilangan buat kedua kalinya kasut dan sandal ku..!! aku yang salah kerana sangat berpesangka baik dengan manusia disini...sial sungguh dorang nih...!!!!!

1 comment:

  1. ragam manusia yg pelbagai..dlm beribu2 prasangka yg baik, mgkin hanya satu yg benar2 terbukti baik, dan yg lainnya???memijak kepala kita, hishh!!!

    ReplyDelete