Thursday, January 28, 2010

tenuk yang bijak...

sang belalang tua sedang berehat..seperti mahu lena diatas daun hijau yang berayun ayun ditiup angin petang..kehidupannya belalang tua nyaman dan tenang..keluarganya memuja dan memuji belalang tua diatas daun hijau..penyokong dan rakyatnya gembira bersama belalang tua..tiada siapa mahu atau mampu mengganggu belalang tua..jangan engkau mengutuknya..engkau akan ke neraka jahanam..!! engkau tidak akan mencium bau syurga pun..!! itu lah saranan berbau amaran katak katak gemuk penduduk dan penyokong belalang tua yang menghuni rumah tempurung ditaman timur..

tiba tiba ketenangan si katak hijau pada petang syahdu mula tergugat..bila seekur tenuk hutan mengunjunginya ditaman timur..tenuk hutan mengadu kepada belalang tua tentang kekejaman yang dilakukan keatasnya oleh ketua negara..tenuk hutan merayu rayu dan merintih..ketua negara tersangat zalim dan kejam keatas rakyat..ketua negara menindas rakyat..tenuk hutan difitnah melakukan liwat dengan seekor tenuk muda yang sejenis..hanya kerana tenuk itu memperjuangkan keadilan..tenuk tua di lakukan sewenang wenangnya..tidak berperikebinatangan..belalang tua melihat dengan penuh simpati..tenuk tua tidak berhenti henti menangis sehingga semua katak katak gemuk dibawah tempurung terkejut..seluruh taman timur terkesima..bagaimana seekor tenuk yang memperjuangkan keadilan sejagat difitnah sebegitu..?

sungguh kotor perbuatan ketua negara..!! bermula lah belalang tua mempersoalkan ketua negara yang diktator..ketua negara yang kejam..menyekat kebebasan suara dan politik..seluruh negara panas dan tidak sangka tenuk hutan yang berjuang untuk rakyat difitnah dengan sebusuk busuknya..!! seluruh penghuni rimba sudah dirasuk serba salah..semua pemimpin yang mewakili parti puak haiwan mula bermesyuarat..parti kumpulan anjing mula melihat peluang untuk membolot undi diatas rakyat yang keliru dan kecamuk..parti anjing memang menunggu peluang..parti anjing mula mengunjungi belalang tua..memujuk untuk bersatu atas nama kedaulatan rimba..!! pada mulanya si belalang tua berat hati..kerana parti anjing sememangnya keras kepala..dan tidak pula sehaluan dari segi prinsip keagamaan..namun parti anjing memujuk dan dibantu pula oleh tenuk hutan dengan janji janji dan habuan besar yang selaras dengan politik belalang tua..belalang tua dijanjikan dengan bakal memerintah seluruh rimba..parti belalang tua akan menjadi pemimpin negara..prinsip atau agama jangan difikir dahulu..yang penting kekuasaan menjadi milik belalang tua..!!

jika sudah ada kuasa semua akan jadi mudah..bukan seekor dua sahabat dan penduduk taman timur menasihati belalang tua..namun dengan pujukan dan harapan besar parti anjing, tenuk hutan dan yang paling penting memerintah negara..belalang tua sudah memutuskan untuk berjuang atas satu pakatan.!! biar penduduk taman hijau marah marah..biar penyokong dan pendokong mengkritik..namun belalang tua yang sudah mabuk dengan kuasa baru harus meneruskan pakatan..!! tenuk hutan dan parti anjing tersenyum senyum sesama sendiri..siapa yang melawan belalang tua dianggap derhaka..derhaka kepada dia akan masuk neraka..!!biar berpeluk bersama anjing demi menghapuskan kezaliman..tenuk pula yang berehat..dan tenuk mengatur polisi dan strategi menggunung..tenuk hutan tidak perlu lagi sibuk sibuk berceramah atau menyalak nyalak..kerana media sedang sibuk memperkatakan si belalang tua sudah gila..belalang tua tidak lagi layak memimpin..belalang tua bersekongkol dengan haiwan kotor..dan belalang tua semakin tertekan bila ada dikalangan keluarganya terang terang mengutuk..namun belalang tua mempunyai sokongan kuat dari katak katak gemuk dibawah tempurung..belalang tua sudah semakin hampir dengan kuasa baru..negara rimba didalam genggaman..tenuk semakin girang..

namun negara gempar lagi..seekor tenuk muda bersumpah mengatakan tenuk hutan meliwatnya..parti anjing tetap dengan sokongan tidak berbelah bahagi..parti anjing tidak pernah mahu peduli kepelikan nafsu tenuk hutan..yang penting `kerjasama`..namun belalang tua agak terhantuk namun tidak mahu rasa bersalah..dan katak katak bawah tempurung mula membuka tempurung..jika tenuk hutan tidak bersalah kenapa dia tidak mahu bersumpah..? tenuk hutan menyalak nyalak dimana mana..tenuk hutan tidak peduli..janji ada yang menyokongnya..tenuk hutan berjanji kepada puak anjing, dia memeluk puak khinzir, dia menangis bersama puak dubuk..dia tidak peduli..

sibelalang tua sudah sering demam demam dan kenyataannya sudah berani di persoalkan oleh katak katak kampungnya..belalang tua sudah lintang pukang, kuca lana, bengong..daun hijau tempat berehat sudah panas terik..air sungai timur sudah keruh dan berbau tengik..persetan dengan amaran barangsiapa melawannya akan ke neraka..!! ini semua akibat si tenuk gila yang bercita cita besar..parti anjing tersenyum senyum di kerusi parlimen yang dikuasai anjing anjingnya..

No comments:

Post a Comment