Thursday, January 14, 2010

Sebuah Drama Berat Si Usin Sewel

''pasal tu korang semuo nih tak maju..bangang..!!" marah sungguh Usin bila ideanya dilawak kan oleh Mahadi. "ekau yg bangang..kalo kau dah tambak kampung kampung ni...kito ni nak jadi umpan ikan paus.?.dah bangang..gilo pulak tu.!!" balas mahadi menyingga bila dia dikatakan bangang. Kadir, Daud dan Ali Majlis ketawa sampai tersembur karipap dari muncung. Pak Tam yang sedang membancuh tea mengintai kepala keluar gerainya. Keadaan yg riuh itu memang biasa dan belum pernah pulak bunuh membunuh sesama sendiri. Sememangnya Usin memang selalu bikin warung Pak Tam jadi pentas raja lawak. Usin tidak pula pernah merasakan dia itu pelawak. Semua warga kampung Jejanda kenal Usin. Sehinggakan Dato Zaman, wakil Rakyat Dun Sungai Batam pun kenal Usin.

Watak dungu dan semberono Usin sememangnya penuh kontroversi dan caci maki. Pernah Si Azam Ketua Cawangan membaling mikropon ke Usin bila Usin mencadangkan diadakan pertandingan Ratu Cantik versi kerbau kampung. Usin berkeras mengatakan dia hanya mencadangkan program utk memajukan kampung. Biar dunia tahu tentang kekreatifan anak kampung Jejanda dan belum ada orang buat pun. "masalah eh sekarang mesorat agung cawangan babi..!! apo pasal plak kau nak mencadangkan yg bukan bukann..!!!!." jerit Azam sambil membaling mikropon. Mesyuarat Agung Cawangan terpaksa ditangguh kan kerana Azam mengejar Usin keliling balairaya. YB Dato Zaman yg dijangka merasmikan mesyuarat itu dikejarkan ke hospital besar kerana jantungnya tiba tiba berhenti berfungsi.

Dan kali ini kontroversi melanda lagi bila Usin bercadang mahu berjumpa MB. Dia mahu menternak paus biru. Dan Usin mahu menjadikan tiga buah kampung ditambak dari gunung ke gunung. Azam ketua cawangan pula jadi gundah gulana. Usin tu mana boleh jangka, dia tidak peduli apa pun. Kalau usin gilo ni berjumpa jugak MB mana dia nak letak muka?. Kalau itu terjadi memang dia akan meletakan jawatan dan akan mendelete akaun facebooknya juga. Kerana dia yg paling kerap mengomen status MB. Sudah pasti Usin gilo tu akan memburukannya didepan MB. Dan MB mana tahu siapa Usin..aduhhhh..sakit kepala Azam bila memikirkan si Usin Bangang.

Namun dalam masa seminggu itu, Usin sudah ada idea baru pula. Idea Projek Ternak Paus Biru sudah tidak lagi dijajanya. kali ini dia mencadangkan supaya dia dilantik menjadi Ketua Cawangan pula kerana Azam tidak berdaya saing. Azam tidak mempunyai idea secanggihnya. Mana mungkin seorang ketua lembab macam Azam. Walaupun Usin tu dungu dan sewel tapi masih membuat Azam terfikir utk mengupah pembunuh upahan.....

No comments:

Post a Comment