Thursday, September 2, 2010

Musim Panas Bulan Sembilan



Pagi ini..musim kering bulan september, matahari seperti selalunya..bersegera dan memuntahkan sinar. Embun didaunan pun tersejat dan kering. Rerama berbagai warna bergentayang ruang langit. Bersama alunan angin monsun dari pantai barat. Disini waktu berlalu mengikut rentak jiwa. tidak ada yg memaksa. Berputar dan bersilih ganti mengikut haknya. Semua ini mahakarya. Dunia ini, alam ini, bintang bintang, bulan, pelangi, sungai dan gunungan.

Diwaktu ini sungai Indus sedang merampas nikmat manusia di Pakistan. Huru hara dan azab, sakit dan kelaparan dan usah difikir tentang rerama berwarna warni atau embun dingin..kerana mereka tidak punya masa utk itu. Kita dan mereka tidak pernah berbeza. Langit yg sama, bulan dan bintang yg sama, begitu juga angin, tanah dan gunung. namun mendapatnya dalam rasa yg berbeza..kenapa..? Aku tak ada jawapan yg sangat tepat. Cuma semua ini adalah Mahakarya Yg Maha Agung. Dia buleh melukiskan apa saja lukisan yg Dia mahu, mencurah berjuta warna dalam kanvas yg sama. Namun berbeza cara manusia melihatnya.

Wednesday, September 1, 2010

Sebuah Drama Dihospital Daerah

Semalam aku melawat sahabat dan jiran sebelah pagar yg terlantar dihospital kerana sedikit ujian Tuhan. Namun kerana mengelabah tak bertempat aku sampai 3 jam sebelum waktunya utk melawat. 3 jam..? aduhaii..bisa buat aku tua dan mati cepat..! lebih lebih lagi melayan Mak Cik peramah melampau duduk disebelah bersama nafasnya yg boleh membunuh serangga kecil..(bau racun rumpai) arghhh.

"Salam Kak.."
"salam..hah..apo?"
"boleh ko esey masuk jap Kak..errr.."
"kau tengok sebolah gate nih..kek signboard tu..ado tulih..melawat pukul 12 am..apo masalah kau..?"
"nampak Kak..tapi sekojap pun ok Kak..pasal esey nak antar makanan kek adik esey jap..pasal esey nak balik Kodah nih ha.."

huh..mampus Akak Guard gemuk bermuka bengis buat buat itu kena "pemongak" tanpa belas..hahaha. aku pun meneruskan agenda muka kasihan paling hebat. Akak Guard bernama Sabbarriah (pelik ada dua `b` dan dua `r` pada namanya kat nametag) menoleh kepada seorang lagi partnernya seorang Lelaki India bermata agak merah dan berair kerana sudah lapan ratus kali menguap agaknya. Lelaki India itu diam, cuma menguap lagi sehingga meletup tulang rahangnya kerana bukaan mulut yg terlalu luas barangkali.

"ok la..wad bapo..?"
"err..ompek..ya la ompek.."
"ok..copek sikit..ni bukan time melawat tau..?"
"yo kak..mekasih kak..sojap yooo.."

Huh..aku pun berlalulah dengan sunguh sopannya berjalan tanpa menoleh lagi dah kepada Akak Guard gemuk bermuka resaksa itu. Syukur..walau aku tahu Tuhan tak pernah berkompromi dgn org yg menipu. Kedah.? haha..apa sebab pulak aku nak kesana..

Ok lah..aku bukan nak cerita aku melawat siapa..aku cuma nak bercerita tentang Akak Guard yg bermuka resaksa, Mak Cik yg nafasnya bau racun rumpai, lelaki Guard India yg mengantuk dan juru rawat yg 'kolok' mereka inilah watak yg menjadikan duniawi ini tempat yang menarik utk berkongsi hidup dan perasaan. Namun utk merasainya kita harus melihatnya dgn jiwa yg halus dan sedar tentang perbezaan dan anugerah utk setiap hamba. Tuhan tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia sia hatta seekor lalat. Dan jgn pernah merasakan kita ini manusia yg terhebat dan `seseorang`..kita sama sahaja..dan biarkan sahaja Tuhan yang melihat perbezaannya.....


Tuesday, August 31, 2010

kutulis ketika aku risau tentang runsing..?

foto dari saudara Zul (Tj` Lens)

Hati yg runsing bukan kerana tiada duit atau tiada awek atau tiada apa apa yg sepatutnya engkau ada..hati runsing kerana engkau itu manusia..dan manusia yg tiada runsing adalah manusia paling runsing sehinggakan runsing itu membuatkan dia berjalan jalan dan ketawa merata rata..malangnya mereka memanggilnya orang sasau yg tidak perlulah dirunsingkan kehadirannya didunia fana ini..entah hapa hapa la jawabnya..

Monday, August 23, 2010

babak merdeka yg klise..

Musim ini, musim utk khalayak bersemangat patriot. Dimana mana pun dimasa ini mereka sedang bercakap dgn lantang, bersemangat, beremosi dan bersungguh sungguh dalam menyuarakan matlamat negara. Namun bagi manusia berakal ia hanya seperti orang mati yg dimekap, dihias dan digerak gerakan..dan ia memang seperti hidup walau sudah berbau tengik dan meloyakan.

Hidup aku sebagai masyarakat negara merdeka ini tidak pernah ada ubahnya. disini ramai ulamak, ulamak disini maksum belaka..tidak pernah berdosa, kecuali orang lain. Disini para pemimpin gemuk gemuk dan bersenang lenang lagi pula tidak pernah berdosa kepada Tuhan. Apa engkau mahu?..masjid?..cakap saja, berapa juta kosnya..dan pergi saja beribadat.

Ini negara merdeka, engkau boleh saja buat apa engkau mahu..seperti buang bayi ditepi longkang atau merempit siang malam. Salah saja diri sendiri...tanya saja pada diri sendiri. Jangan tanya Menteri atau sang YB atau ulama ulama. Berdoalah lah sendiri kepada Tuhan kerana doa yg terbaik sudah pergi ke Lim Guan Eng. Dan semakin lama semakin banyak mayat bayi dibuang dilongkang..kerana manusia2 `terpilih` ini tidak merasakan ia penting utk difikirkan. Selamat merdeka............................

Saturday, June 5, 2010

Drama Berat Usin Sewel

'pasal tu korang semuo nih tak maju..bangang..!!" marah sungguh Usin bila ideanya dilawak kan oleh Mahadi. "ekau yg bangang..kalo kau dah tambak kampung kampung ni...kito ni nak jadi umpan ikan paus.?.dah bangang..gilo pulak tu.!!" balas mahadi menyingga bila dia dikatakan bangang. Kadir, Daud dan Ali Majlis ketawa sampai tersembur karipap dari muncung. Pak Tam yang sedang membancuh tea mengintai kepala keluar gerainya. Keadaan yg riuh itu memang biasa dan belum pernah pulak bunuh membunuh sesama sendiri. Sememangnya Usin memang selalu bikin warung Pak Tam jadi pentas raja lawak. Usin tidak pula pernah merasakan dia itu pelawak. Semua warga kampung Jejanda kenal Usin. Sehinggakan Dato Zaman, wakil Rakyat Dun Sungai Batam pun kenal Usin.

Watak dungu dan semberono Usin sememangnya penuh kontroversi dan caci maki. Pernah Si Azam Ketua Cawangan membaling mikropon ke Usin bila Usin mencadangkan diadakan pertandingan Ratu Cantik versi kerbau kampung. Usin berkeras mengatakan dia hanya mencadangkan program utk memajukan kampung. Biar dunia tahu tentang kekreatifan anak kampung Jejanda dan belum ada orang buat pun. "masalah eh sekarang mesorat agung cawangan babi..!! apo pasal plak kau nak mencadangkan yg bukan bukann..!!!!." jerit Azam sambil membaling mikropon. Mesyuarat Agung Cawangan terpaksa ditangguh kan kerana Azam mengejar Usin keliling balairaya. YB Dato Zaman yg dijangka merasmikan mesyuarat itu dikejarkan ke hospital besar kerana jantungnya tiba tiba berhenti berfungsi.

Dan kali ini kontroversi melanda lagi bila Usin bercadang mahu berjumpa MB. Dia mahu menternak paus biru. Dan Usin mahu menjadikan tiga buah kampung ditambak dari gunung ke gunung. Azam ketua cawangan pula jadi gundah gulana. Usin tu mana boleh jangka, dia tidak peduli apa pun. Kalau usin gilo ni berjumpa jugak MB mana dia nak letak muka?. Kalau itu terjadi memang dia akan meletakan jawatan dan akan mendelete akaun facebooknya juga. Kerana dia yg paling kerap mengomen status MB. Sudah pasti Usin gilo tu akan memburukannya didepan MB. Dan MB mana tahu siapa Usin..aduhhhh..sakit kepala Azam bila memikirkan si Usin Bangang.

Namun dalam masa seminggu itu, Usin sudah ada idea baru pula. Idea Projek Ternak Paus Biru sudah tidak lagi dijajanya. kali ini dia mencadangkan supaya dia dilantik menjadi Ketua Cawangan pula kerana Azam tidak berdaya saing. Azam tidak mempunyai idea secanggihnya. Mana mungkin seorang ketua lembab macam Azam. Walaupun Usin tu dungu dan sewel tapi masih membuat Azam terfikir utk mengupah pembunuh upahan.....

Thursday, June 3, 2010

kedai mamak dan broker

petang selepas asar..mengunjungi kedai mamak memang sudah rutin. Kalau tidak berkawan pun aku seorang. sebenarnya selain kena bayar, tea tarik mamak tak lah sedap sangat. entah apa ke jadahnya kaki dan hati aku selalu sgt mahu kesitu. sebenarnya bukan lah tea tarik sedap atau kedai mamak tu bersuasana romantik. tapi bagi aku setiap teguk tea tarik menjadikan aku keluar sebentar dari dunia biasa biasa. terlupa facebook, blog, bil api, bil air, rodtek kereta (dah mampus), anwar ibrahim, najib dan rosmah mansor hehe..dikedai mamak aku seronok melihat manusia macam aku, berbagai visual yg hidup dalam ruang tidak terhad. berbagai kasta dan peringkat manusiawi. seronok juga mendengar bicara sembang yg bersungguh dan yang berlawak. semuanya tentang bagaimana mahu menjadi orang yg terhebat, terkaya, termulia, terpopular dan berjuta ter ter lagi. itu lah yg menariknya. dan aku sering bersangka baik baik sahaja, kerana aku tidak mahu menjadi seorang yg menghukum dan mengadili orang. mereka ada cerita dan mereka ada impian. aku juga begitu dan tidak ada bezanya aku dan sesiapapun hamba Allah dimuka bumi ini. cuma detik pertemuan dengan Tuhan nanti yg akan membezakan antara hamba...begitulah hendaknya. petang ini sama seperti petang semalam dan kelmarin. tetap ada cerita baru dari broker balak, broker tanah, broker pasir sungai, broker kereta sehingga lah kepada cerita tenang perjanjian najib ngan PM singapore. cerita pusaka ummat melayu akan tergadai..haha..selalunya aku hanya mencuri dengar sambil mata tertumpu kepada paper yg sudah ada kesan kuah kari. sememangnya bersembang sambil menghirup tea ini adalah satu cara utk bercerita sebebasnya. tidak perlu ada pengerusi atau skrin LCD. cerita lah apa saja. dan sudah pastinya ada pendengarnya. petang ini aku bersantai bersama hj seleman dan mendengar cerita tentang kerjaya barunya..seorang jaga kilang yg dipenuhi dengan awek indon yg mungil dan kiut..dan aku melayan sahaja kerana ada juga seronoknya..namun aku tidak pernah percaya dengan `taste` hj seleman yg selalunya semberono..ha hah aa..

Sunday, May 23, 2010

Hidup Tamam part 1

Senang utk mengenal si Tamam..kerana dia bukan kambing. semua org dikampung dan dipekan Ulu Parang kenal Tamam. Ah Kam si cina pemburu babi hutan pun kenal Tamam, si Subra teksi pun kenal..apalagi la org kampung. Sudin, Jaalam, Mad Diah, Ali Siak, Imam Hj Romie, Kak Ton, Sofie Din, Pijah kilang arang..ahh..semua manusia kenal Tamam. Dari yg konek belum sunat sampai lah ke org tua yg dah berumur `rezab`. Kenapa org semua kenal Tamam?..dia bukan artis Af atau setidaknya juara karaoke belia 3b jauh lagi lah kalau protege Ziana Zain dalam mentor tu. Dulu Tamam tiada apa pun..dia cuma pekerja kontrek yg selalu kena tipu gaji. Ayahnya dah lama bertemu malaikat maut dan ibunya seorang pengidap diabetes tegar. Adik beradik seramai 9 org sudah pun membina hidup sendiri dan berselerak diseluruh Malaysia. Cuma Tamam dan ibunya yg mendiami tanah pusaka dikampung. Namun Tamam sekarang bukan lagi Tamam dulu. Tamam sekarang sudah ada kereta waja.. Walaupun terpakai tapi cukup utk buat org kampung Ulu Parang tercengang cengang. Tamam sudah ada lap top..dan yg paling gempak nya Tamam sudah mula bercakap tentang facebook. Walaupun masih belum tahu apa sebenarnya natang tu. Sebenarnya Tamam sudah jadi driver Datuk Zaman. Datuk Zaman adalah sepupu sebelah arwah ayahnya. Sekarang ini jangan cerita tentang politik. Tamam lah orang paling tahu..alasannya?..tentulah dari Datuk Zaman..atau sebenarnya lebih bersembang sesama driver ketika datuk2 exco sedang mesyuarat..Tamam sudah jadi pahlawan Parti Kipas sejati dikampung..walau semua org tahu betapa gagahnya Tamam melaungkan takbir semasa perhimpunan Parti Angkasawan dulu. Sehingga Hj Kassim berura ura utk menaja pertubuhan Parti Angkasawan dikampung dan Tamam jadi ketua pemuda..namun itu dulu..sekarang sudah lain..Parti Kipas lah segala galanya. Parti Kipas yg memberi nafas dan Parti Kipas la nyawa ummat Melayu, tanpanya maka mampus la ummat Melayu. Dan yg paling meriahnya Tamam sudah jadi tempat mengadu masalah, masalah rumah PPRT, masalah jambatan tak siap, masalah lembu hilang dan segala galanya Tamam. Memang Tamam banyak berubah, dari pakaian sampai la ke gaya percakapan. Setiap kali bercakap Tamam sedaya upaya mencampurkan bahasa `amerika`..seperti actually, kool, absorb, event dan macam2 lagi..sehingga kekadang tak berapa nak kena. Tapi Hj Romie mana tau. Pijah kilang arang lagi la tak tau. Yang mereka tahu Tamam sudah maju dan sudah ada slang moden. Begitulah Tamam, walau dikatakan bangang, walau dulu tidak pernah dipeduli, bak kata perpatah seperti melukut ditepi gantang. Sekarang Tamam sudah ada rezekinya dan siapa pun tidak menduga Tamam jadi hebat dan jadi tempat mengadu susah senang..setidaknya sehingga parti Kipas masih menjadi pemerintah negara. Allah lah yg mengatur rezeki manusia. Dan Tamam akan melansungkan perkahwinan yg sudah tertangguh 2 tahun kerana kesibukannya. Dan jodoh Tamam si Sofie, seorang janda muda yg kematian suaminya akibat over dos..begitulah...