Thursday, January 14, 2010

duit dan Tuhan..

mengelamun memang indah..dengan secawan teh o limau selepas asar..berfikir dan mata hati menguasai ruang visual..dan sesekali melewati titisan hujan yang menitis satu satu memecahkan bayang bayang yang terbentuk seketika sewaktu lopak tenang..sesekali membelek hand set sekaligus berfikir,alangkah mudahnya hidup jika makhluk bernama talipon ni tidak pernah wujud..setidak tidaknya tidak perlu ada istilah 'top up'..dan jiwa sedikit tenang dari prasangka buruk terhadap sahabat yang terlupa atau buat2 terlupa mengangkat talipon dikala aku mendail satu satu..heh..dunia ni begitulah..kita ini sama..sangat sangat faham..buat sehari dua ni..setidak tidakny sejam dua ni..semua kawan2 tau..dunia aku agak kelabu..duit sudah menguasai kesemua ruang dan segenap urat darahku..juga kawan kawan dan lawan..dari tukang sapu sampah sehingga ketua sebuah negara..dari cakap cakap kosong warung bawah pokok sehingga seminar islam hadhari atau mesyuarat peringkat globalisasi..semua tentang duit..kamu memiliki dunia ini jika kamu ada kuasa duit..!! mahu membentuk akhlak budak budak rempit mesti ada duit..mahu betulkan kemungkaran dalam masyarakat mesti mahu duit..mahu selamatkan manusia songsang akhlak mesti ada duit..tidak solat tak mengapa asalkan engkau pandai cari duit..!! agama tidak akan maju tanpa duit..!! islam akan menjadi mundur jika tidak ada kuasa duit..!! dan dalam tidak sedar manusia sudah membangunkan berhala duit dan bersujud kepadanya hari hari..!! menjadi ikon kejayaan dunia mahupun akhirat..!! nauzubillah..!! dan tiba tiba kita tersedar yang dua malaikat datang dan bertanya..APAKAH TUHAN KAMU..!! adakah kita dapat jawab Tuhan Kita ALLAH..?? jika hidup didunia yang sementara kita tumpukan fikir kita, bimbang kita dan maksud hidup kita selain ALLAH..?? Nauzubillah bizzallit..kita semua dan setiap makhlukNya akan merasai mati..dan kita akan menghuni ALAM BARZAKH SELAMA 40 RIBU TAHUN..

Wednesday, February 08, 2006

dunia kita..

buat masa ini dunia sedang panas dengan isu karikatur junjungan kita Nabi Muhammad SAW..semua sedang marah dan terasa terhina..dan sikafir laknat sedang tersenyum dengan onar yang mereka lakukan dan terasa telah menang..hakikatnya sikafir laknat cuba tersenyum dalam ketakutan..kerana semua sikafir ini sedang cuba bersembunyi dari kenyataan yang bakal mereka terima..Tuhan yang akan menentukan segalanya..

adakah kita sebagai orang islam sudah terasa menang dengan memprotes dan membakar bendera mereka?..dan kita menjerit mengatakan bahawa mereka telah menghina Junjungan kita? berjayakah kita dengan hanya menjerit menyumpah kafir laknat itu?..wahai saudaraku..kita sebanarnya yang harus dibetulkan..kita yang harus berfikir adakah kita sayang kepada sunnah baginda yang mulia?..adakah selama ini kita berjuang untuk Baginda?..fikirlah dengan tenang adakah Allah tidak berkuasa untuk menghalang sikafir jahanam itu?..adakah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk tidak mahu menurunkan bala kepada mereka?..

saudaraku umat islam semua..itu lah bala sebenarnya..selama ini kita lupa yang kitalah sebenarnya yang menghina sunnah Baginda yang suci..!! kita yang mengatakan 'alah..itu sunat jerr..' kitalah yang mengatakan dengan bangga bahawa hidup mestilah mengikut zaman..!! buat apa nak memakai serban..itu pakaian arab..!! buat apa nak sembahyang dimasjid kat rumah boleh sembahyang!! buat nak menyimpan janggut..tak hensem..dalam tak sedar kitalah yang menghina sunnah baginda sehebat hebatnya..!!..dan Allah memamg mahu perkara ini berlaku unutk menyatakan bahawa kita tidak pernah ada beza denga sikafir laknat..!!

dunia bergegar bila bebudak sesat black metal menghina dan membakar Al Quran..menghina tuhan..memepersendakan ayat2 Al Quran..dan yang paling jijik sebeanrnya ialah media yang jelas mencari keuntungan dengan menyiarkan cerita2 kotor kerosakan ummat..terlalu sibuk memngbongkar kehinaan bangsa sendiri tanpa berselindung sedikitpun..setidak tidaknya malu yang agama sibudak yang mereka dedahkan, telanjangkan itu adalah agama Allah..!!

tidakkah kita berfikir apakah yang berlaku ini sebenarnya?..adakah ini takdir tuhan..?..kita lupa saudaraku..tidak akan berlaku sesuautu itu jika tidak ada penyebabnya..tidak akan ada orang yang berani menghina kita..kecuali sememamgnya kita hina..!! adakah orang akan memanggil kita simiskin jika kita seorang yang kaya..?? adakah orang akan memanggil mat fit jika kita seorang doktor..?? kita sudah terlalu jauh dengan islam..kita sudah lupa perjuangan Rasullallah..kita sudah geli geleman memakai pakaian baginda..sunnah baginda, kehidupan baginda, surro, sirrah dan sorrirrah baginda..kita sudah terlalu sibuk membaca majalah hiburan dan mawi dari membaca Al Quran..

ummat sekarang ini lebih suka membaca lelaki gay melakukan hubungan songsang dari berfikir bagaimana untuk meminta pertolongan Allah untuk mengatasinya..dan terlalu ramai manusia menjerit, menangis, berkorban harta, masa dan keluarga semata untuk melihat konsert mawi..tapi amat sibuk jika diberitahu tentang majlis ilmu dimasjid..!! ummat sekarang lebih tenang dan gembira dengan menyanyi kara oke bersama perempuan gro dari membaca Al Quran..

saudaraku ummat islam yang aku sayangi..kita sedang menunggu azab dan bala dari Allah..!! kembalilah kepada kesempurnaan iman..kita sayang kepada baginda Rasullallah
SAW..ikutlah apa yang baginda buat untuk ummat..berpesan pesanlah kita sesama sendiri tentang kebesaran Allah..penuhilah rumah2 Allah untuk berzikir dan memohon perlindungan kerana kita makhluk yang lemah..islam itu adalah jemaah..bersatulah kita dalam kalimah..inshallah kita akan berjaya didunia dan akhirat..aminn

Sunday, January 15, 2006

hari pertama ku

hari yang pertama perkongsian aku dan semua tentang banyak perkara..pagi aku seperti pagi semua orang orang mukmin yang lain..memanjat kesyukuran dalam lewat doaku untuk Pemilik kepada sekalian makhluk kerana masih diberi nafas dan kehidupan..dan secawan kopi o bersama nugget ikan (sebenarnya aku dah mula nak muntahpun..tapi itu le yang ada pun dalam peti ais..) pagi ini seperti pagi semalam..keretaku yang sudah hampir sama dengan lori angkut sampah MPS (kotor nak mampus..) sudah mula nak buat hati aku rasa nak MC jer hari ni..susahnya pulak nak hidup kereta aku....mungkin pluk..atau starter, atau kabel..atau bateri..dan walau apapun berlaku janganlah ia sampai ketahap tolak menolak..siawek tingkat bawah rumah aku tersengih sengih sambil mendukung siSinchan adiknya yang kiut..setelah puas berdoa, akhirnya keretaku yang `kurang ajar` hidup bersama enjin yang menderam seperti tidak puas hati melihat awek tu tersengih tadi..elehh..macam la dia kiut sangat..

aku memandu dalam arus deretan kenderaan dan tenggelam didalam kesibukan lebuhraya utara selatan menuju ke opis..sebenarnya tak de apa aku nak tulis..cuma sebagai `test` blogger ni je..heh selamat untuk semua yang terbaca tulisan aku yang ntah apa apa nih..

1 comment:

  1. tulisan blogger mmg cmni kot..berkait dgn satu sama lain2 dan kadg2 terbabas di tepi jalan, hehe..testing yg menarik, so leh jadi follower terbaik!!=p

    ReplyDelete