Thursday, January 14, 2010

aku dan permulaan

salam buat semua makhluk..tidak kira sapa pun..kpd pak cik usin dibawah rumah ku sampai yg sedang berbincang pasal isu kalimah dikedai kopi babu, driver teksi hingga minah indon yg seksi, yg pandai dan yg bangang, yg cantik dan yg `katik`, kpd pak cik jaga sehingga menteri besar, yg alim dan yg alim alim kucing, tok bilal sehingga penyanyi karaoke, yg hensom sehinga yg huduh, yg tua sehingga yg sedang merempit, tukang sapu dan yg sedang merapu dan semua yg sayang dan yg benci, yg mencintai dan yg meludahi..aku hanya sedang menulis semula blog nih..aku hanya mahu menulis sambil mendengar muzik dilap top..kerana aku dikurinakan banyak masa oleh Tuhan..

namun aku sedang sakit dan agak `tenat`..hari hari ku dipengaruhi dengan idelogi ideologi urban dari saudara se `facebook`, youtube ,twister, MySpace dan selalunya ia mengambil masaku..termasuk la ruang masa utk bersolat berjemaah..sebetulnya aku bukan terlalu `IT` sangat pun..cuma kerana aku masih didalam dunia..dan sebagai tanda aku masih hidup dan bernafas..dan hanya bermain dipinggir pinggir..asal aku ada jawapan jika ada yg bertanya itu dan ini tentang IT..he he..dan yg selebihnya aku dengar je lah dari anak anak buah yg tersangat memahaminya...

No comments:

Post a Comment