Sunday, January 31, 2010

Hai..hidup ku

Pukul 11 am. Tidur ku diganggu gugat oleh Cina gemuk yang menyalak dikolong rumah pangsa. Sungguh menjelek suara yang dirakam berulang ulang...surat kabar lama...!! . Entah lah..ada sesuatu yang menyakitkan sedang bersarang dihulu hatiku. Aku terbeban dengan jiwaku kini yang mudah membenci dan membenci. Hidup ini bukan seperti yang aku impi. Tidak semudah memilih ABC. Buat la apa pun yang engkau mahu dan ia akan berhasil seperti apa yang engkau mahu. Itu kata kata klise untuk motivate jiwa engkau agar kembali berbunga setelah ia hampir hangus dan terlerai. Hari ini aku berfikir untuk menjadi lain dari diri ku yang lepas lepas. Hari ini aku mahu tidur dan mahu lupakan matahari dan angin diluar rumah. Cina gemuk sudah pergi bersama surat kabar lamanya. Aku mahu tidur lagi..sehingga lah aku putuskan untuk bangun..aku sendiri yang akan putuskan..!! bukan si penjual air liur yang kaya dengan duit orang orang yang mahu kaya...bodoh bukan..? dan aku terfikir...cina gemuk yang membeli dan menjual sampah itu semakin kaya dan berkuasa..dari aku yang selalu menyumpah dan membabikannya..hmmm...ok lah aku kalah...dan kena bangun untuk bersyukur. Aku masih hidup ya Tuhan. Jika sememangnya bukan rezeki ku. Engkau tiupkan redha dan bersyukur apa yang ada. Aku maafkan mereka.....

No comments:

Post a Comment