Saturday, February 12, 2011

Selepas Asar

Sangat jauh dia termenung menongkat dagunya yg berjanggut nipis. Petang yang kering dan panas bulan Februari. Hj Ujang menjadikan petang selepas asar, waktunya melihat lihat laman kampung yang lapang lamannya, yang subur bunga kertasnya, yang rambutannya sedang berputik kecil tapi ranum dan ayam kampungnya yang berderet mengais tanah tanih mencari cacing. Hj Ujang sedar tentang hari harinya yang semakin letih dan tua. Hj Ujang bukan lagi perkasa dan gagah sewaktu dia membuka kampung laman. Menebas rimba ara, menebang tualang dan leban. Menarik betong dan aur, meratakan bukit dan menggali perigi ditanah yg tandus. Kini, Hj Ujang sedang menikmati upahnya. Bersusah, luka dan je rih perih sewaktu muda remajanya. Semua manusia dikampung Felda Bukit Tualang tahu tentang jerihnya membuka dan membina hidup di tanah rancangan kerajaan. Tanah ini memerlukan manusia berhati keras seperti logam dan berjiwa besar seperti lautan. Lamunan Hj Ujang tamat dimana Jaharah anak bongsunya yang sudah beranak lima menghubungi handsetnya sambil menangis merayu rayu mengadu..Boy ditangkap lagi, kerana mencuri sekerap Wak Limat. Boy, cucu Hj Ujang yang sudah 18 kali dilokap. Dan begitulah habisnya senyum Hj Ujang pada petang itu....Felda ku..