Sunday, May 23, 2010

Hidup Tamam part 1

Senang utk mengenal si Tamam..kerana dia bukan kambing. semua org dikampung dan dipekan Ulu Parang kenal Tamam. Ah Kam si cina pemburu babi hutan pun kenal Tamam, si Subra teksi pun kenal..apalagi la org kampung. Sudin, Jaalam, Mad Diah, Ali Siak, Imam Hj Romie, Kak Ton, Sofie Din, Pijah kilang arang..ahh..semua manusia kenal Tamam. Dari yg konek belum sunat sampai lah ke org tua yg dah berumur `rezab`. Kenapa org semua kenal Tamam?..dia bukan artis Af atau setidaknya juara karaoke belia 3b jauh lagi lah kalau protege Ziana Zain dalam mentor tu. Dulu Tamam tiada apa pun..dia cuma pekerja kontrek yg selalu kena tipu gaji. Ayahnya dah lama bertemu malaikat maut dan ibunya seorang pengidap diabetes tegar. Adik beradik seramai 9 org sudah pun membina hidup sendiri dan berselerak diseluruh Malaysia. Cuma Tamam dan ibunya yg mendiami tanah pusaka dikampung. Namun Tamam sekarang bukan lagi Tamam dulu. Tamam sekarang sudah ada kereta waja.. Walaupun terpakai tapi cukup utk buat org kampung Ulu Parang tercengang cengang. Tamam sudah ada lap top..dan yg paling gempak nya Tamam sudah mula bercakap tentang facebook. Walaupun masih belum tahu apa sebenarnya natang tu. Sebenarnya Tamam sudah jadi driver Datuk Zaman. Datuk Zaman adalah sepupu sebelah arwah ayahnya. Sekarang ini jangan cerita tentang politik. Tamam lah orang paling tahu..alasannya?..tentulah dari Datuk Zaman..atau sebenarnya lebih bersembang sesama driver ketika datuk2 exco sedang mesyuarat..Tamam sudah jadi pahlawan Parti Kipas sejati dikampung..walau semua org tahu betapa gagahnya Tamam melaungkan takbir semasa perhimpunan Parti Angkasawan dulu. Sehingga Hj Kassim berura ura utk menaja pertubuhan Parti Angkasawan dikampung dan Tamam jadi ketua pemuda..namun itu dulu..sekarang sudah lain..Parti Kipas lah segala galanya. Parti Kipas yg memberi nafas dan Parti Kipas la nyawa ummat Melayu, tanpanya maka mampus la ummat Melayu. Dan yg paling meriahnya Tamam sudah jadi tempat mengadu masalah, masalah rumah PPRT, masalah jambatan tak siap, masalah lembu hilang dan segala galanya Tamam. Memang Tamam banyak berubah, dari pakaian sampai la ke gaya percakapan. Setiap kali bercakap Tamam sedaya upaya mencampurkan bahasa `amerika`..seperti actually, kool, absorb, event dan macam2 lagi..sehingga kekadang tak berapa nak kena. Tapi Hj Romie mana tau. Pijah kilang arang lagi la tak tau. Yang mereka tahu Tamam sudah maju dan sudah ada slang moden. Begitulah Tamam, walau dikatakan bangang, walau dulu tidak pernah dipeduli, bak kata perpatah seperti melukut ditepi gantang. Sekarang Tamam sudah ada rezekinya dan siapa pun tidak menduga Tamam jadi hebat dan jadi tempat mengadu susah senang..setidaknya sehingga parti Kipas masih menjadi pemerintah negara. Allah lah yg mengatur rezeki manusia. Dan Tamam akan melansungkan perkahwinan yg sudah tertangguh 2 tahun kerana kesibukannya. Dan jodoh Tamam si Sofie, seorang janda muda yg kematian suaminya akibat over dos..begitulah...